TEMA DAN KEISTIMEWAAN WATAK KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

TEMA

• Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.

• Penceraian tersebut menyebabkan Haiqal hidup terpisah daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Bin Kayan. Haiqal dipelihara oleh uminya bersama-sama Walid. Haiqal tidak dapat bertemu atau mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Haiqal tetap pergi  ke Batu Pahat untuk lebih mengenali arwah ayahnya.

PERSOALAN

Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenar ayahnya.
• Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat menuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
• Haiqal sanggup pergi ke Kampung Seri Purnama walaupun ditentang oleh uminya kerana mahu mengenali arwah ayahnya.

Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
• Abdullah Bin Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk memartabatkan kesenian tarian zapin khususnya zapin jincat di kampung tersebut.
• Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama menghidupkan semula kumpulan zapin D'Purnama yang terkubur setelah ayahnya meninggal dunia.

Persoalan kerjasama untuk melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama menyediakan hidangan dan membersihkan balai raya untuk membuat persiapan menyambut Hari Memperingati Cikgu Abdullah Kayan.

PERWATAKAN/KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA

-HAIQAL
Haiqal seorang yang tegas pendirian.

• Berkeras untuk pergi ke Batu Pahat walaupun mendapat tentangan daripada uminya.

Haiqal seorang yang setiakawan.
• Mendengar luahan hati dan menasihati sahabatnya Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. 

Haiqal seorang yang gigih.

• Berusaha gigih menghidupkan kembali kumpulan zapin D'Purnama walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan dalam kesenian tersebut.

Haiqal seorang yang taat pada agama.
• Segera mencari surau untuk solat subuh setelah sampai di Batu Pahat.

KONFLIK WATAK UTAMA DAN CARA PENYELASAIAN
- KBAT

Keinginan untuk merungkaikan misteri manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa.
• Tekad membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor walaupun dimarahi dan ditentang oleh uminya, Rafiqah,

Tidak mengenali latar belakang arwah ayahnya.
• Berusaha mengenali arwah ayahnya dengan bertanya kepada tauke Ong See Hwa, pak cik Bakar dan orang kampung Seri Purnama tentang kehidupan arwah ayahnya itu.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN
-AMIRUL NIZAM/ABDULLAH BIN KAYAN

Abdullah Kayan seorang yang penyayang,

• Sering merindui anaknya Haiqal dan selalu menatap gambar Haiqal semasa kecil yang ada di dalam simpanannya.
• Menganggap anak tauke Ong, iaitu Ai Ling dan Ai Ching seperti anaknya sendiri.

 Abdullah Kayan seorang yang baik hati. 
• Suka membantu orang lain seperti selalu menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah.