p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!
NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI
NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI
Nilai kasih sayang.
• Abdullah Bin Kayan berusaha untuk bertemu anaknya Haiqal setelah berpisah dengan Rafiqah. Abdullah sentiasa merindui anaknya dan melihat gambar Haiqal ketika kecil.
Nilai amanah.
• Tauke Ong menjaga dan menguruskan rumah, tanah dan hasil tanaman kelapa sawit milik arwah cikgu Abdullah. Dia menyerahkan asset dan buku bank kepada Haiqal setelah Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama.
Nilai ketabahan.
• Abdullah Bin Kayan tabah menanggung rindu terhadap Haiqal serta tabah menanggung penyakit yang dihadapinya.
PENGAJARAN/TELADAN
Kita mestilah menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada kita.
• Haiqal tetap menghormati uminya walaupun uminya menentang hasratnya untuk pergi ke Batu Pahat. Haiqal juga menghormati ayah tirinya, Abdul Fatah kerana dia melayan Haiqal dengan baik.
Kita mestilah berusaha gigih dalam melakukan sesuatu.
• Haiqal gigih mempelajari tarian Zapin walaupun tiada kemahiran dan kemahiran dalam seni tarian.
Kita mestilah saling membantu dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.