p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG
F1 Pembangunan ekonomi di negara ini dilaksanakan melalui
Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
F2 Rancangan tersebut dilaksanakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
F3 Kerajaan Parti Perikatan
berperanan penting dalam pelaksanaan pembangunan negara.
F4 Pembangunan ekonomi negara dilaksanakan melalui beberapa dasar pembangunan dan penubuhan
agensi-agensi kerajaan.
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) SPM ‘05
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
PERKEMBANGAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
TAHAP PERTAMA
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 – 1960)
F1 Dilaksanakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
F2 Rancangan ini memberikan keutamaan kepada pembangunan
penduduk luar bandar.
F3 Tujuannya:
(a) mengurangkan jurang pendapatan
penduduk luar bandar dan penduduk bandar
(b) mengurangkan kadar kemiskinan
(c) mempelbagaikan kegiatan ekonomi
dan sumber pendapatan negara
(d) mengurangkan pergantungan kepada
getah dan bijih timah
F4 Rancangan ini merupakan rancangan pembangunan bersepadu
yang melibatkan sektor ekonomi, sosial
dan awam.
F5 Pembangunan sektor ekonomi melibatkan:
(a) pembukaan kawasan
tanah baru
(b) penanaman semula getah dan pembukaan ladang getah
(c) memperluas kawasan perlombongan
bijih timah
F6 Pembangunan sektor sosial pula melibatkan usaha mempelbagaikan perkhidmatan kesihatan,
pendidikan dan telekomunikasi.
F7 Pembangunan sektor awam melibatkan pembinaan kemudahan awam seperti kem tentera, mahkamah, balai polis
dan sebagainya.
F8 Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi untuk melaksanakan program pembangunan tersebut.
Antaranya:
(a) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
(b) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
(c) Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
F9 Matlamat penubuhan RIDA:
(a) menawarkan pinjaman kepada
pengusaha pertanian, membantu memasarkan
hasil pertanian
(b) menggalakkan penyertaan orang Melayu
dalam bidang perniagaan
(c) memajukan penduduk luar bandar
melalui pembangunan ekonomi, sosial dan awam
F10 FELDA pula merupakan sebuah badan berkanun.
(a) meningkatkan taraf hidup
penduduk luar bandar
(b) meningkatkan hasil pertanian
negara
F11 FELDA melaksanakan projek
pembukaan tanah baru dan menumpukan usaha
kepada penanaman getah dan kelapa sawit secara besaran.
F12 Dato’ Abdul Razak
bin Dato’ Hussein (Timbalan Perdana Menteri) menerajui Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada
tahun 1959.
F13 Kementerian tersebut berperanan menyelaras dan menjayakan program pembangunan membabitkan kawasan
luar bandar.
F14 RIDA dan FELDA diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian
tersebut.
F15 Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang membanggakan
kerana:
(a) ancaman komunis
(b) peruntukan negara digunakan
untuk kegunaan Darurat
(c) kemerosotan harga komoditi getah
dan bijih timah
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 – 1965)
F1 Meneruskan
matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar.
F2 Tujuan
Rancangan Malaya Kedua:
(a) mengurangkan jurang pendapatan
antara kawasan
(b) mengurangkan kadar kemiskinan
penduduk
(c) meningkatkan taraf hidup
penduduk
(d) mempelbagaikan hasil pertanian
(e) mengurangkan pergantungan kepada
tanaman getah
(f) mengurangkan import bahan
makanan
F3 Pelaksanaan program
pembangunan ini dipantau melalui:
• Penubuhan Bilik Gerakan Negara untuk menyelaras program pembangunan di pelbagai peringkat.
• Pengenalan Buku Merah untuk memudahkan pengesanan perkembangan program pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966 – 1970)
F1 Dilaksanakan selepas
penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
F2 Berteraskan
integrasi nasional ke arah pembangunan.
F3 Melibatkan pembangunan
bersifat bersepadu dan melibatkan semua aspek ekonomi.
F4 Rancangan Malaysia pertama berusaha untuk mempelbagaikan kegiatan pertanian dan perindustrian.
F5
Projek pembangunan perindustrian ialah:
(a) Lembaga Kemajuan Prindustrian (MIDA)
(b) Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
(c) Lembaga Penasihat Tarif
(d) Akta Pelaburan
F7
Walau bagaimanapun, pencapaian ekonomi negara terjejas berikutan tragedi 13
Mei 1969.
F8
Sehubungan itu, strategi pembangunan
seterusnya lebih berteraskan perpaduan
dan mengurangkan jurang pendapatan
antara kaum.
F9
Ekoran itu, DEB diperkenalkan
sebagai strategi pembangunan jangka masa panjang.