NILAI KEMANUSIAAN DAN PENGAJARAN KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI

Nilai kasih sayang.
• Abdullah Bin Kayan berusaha untuk bertemu anaknya Haiqal setelah berpisah dengan Rafiqah. Abdullah sentiasa merindui anaknya dan melihat gambar Haiqal ketika kecil.

Nilai amanah.
• Tauke Ong menjaga dan menguruskan rumah, tanah dan hasil tanaman kelapa sawit milik arwah cikgu Abdullah. Dia menyerahkan asset dan buku bank kepada Haiqal setelah Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama.

Nilai ketabahan.
• Abdullah Bin Kayan tabah menanggung rindu terhadap Haiqal serta tabah menanggung penyakit yang dihadapinya.

PENGAJARAN/TELADAN

Kita mestilah menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada kita.
• Haiqal tetap menghormati uminya walaupun uminya menentang hasratnya untuk pergi ke Batu Pahat. Haiqal juga menghormati ayah tirinya, Abdul Fatah kerana dia melayan Haiqal dengan baik.

Kita mestilah berusaha gigih dalam melakukan sesuatu.
• Haiqal gigih mempelajari tarian Zapin walaupun tiada kemahiran dan kemahiran dalam seni tarian.

Kita mestilah saling membantu dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.

LATAR KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

LATAR TEMPAT

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
• Haiqal menikmati minum petang di gerai ibu Ratna dan mereka berbual-bual tentang rancangan Haiqal sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM.

Banglo ibu Haiqal di Kuala Terengganu.
• Haiqal memaklumkan hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat dan menyebabkan uminya marah.

Balai Raya Kampung Seri Purnama.
• See Hwa membawa Haiqal melihat koleksi arwah ayahnya, Abdullah Bin Kayan.

LATAR MASA

Pagi.
• Haiqal tiba di stesen Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Lantas, dia mencari surau untuk menunaikan solat subuh.

Petang.
• Pada petang hari minggu, Haiqal bersama-sama See Hwa dan Lazim memasuki Balai Raya Kampung Seri Purnama untuk melihat galeri pameran yang diusahakan oleh arwah ayahnya.

Malam.
• Ibu Haiqal, Rafiqah masuk ke bilik Haiqal untuk memberitahunya bahawa walid sebenarnya bukanlah ayah kandung Haiqal.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang meminati bidang sastera Melayu.
• Cikgu Abdullah Bin Kayan menghasilkan pelbagai karya seperti sajak, cerpen dan buku sastera serta pandai mendeklamasikan sajak.

Masyarakat yang bekerjasama melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.

Masyarakat yang hidup bersatu padu.
• Tauke Ong tidak kekok menyesuaikan diri dan bergaul dengan orang Melayu, malah sentiasa bekerjasama dalam apa-apa aktiviti di Kampung Seri Purnama.

TEMA DAN KEISTIMEWAAN WATAK KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

TEMA

• Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.

• Penceraian tersebut menyebabkan Haiqal hidup terpisah daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Bin Kayan. Haiqal dipelihara oleh uminya bersama-sama Walid. Haiqal tidak dapat bertemu atau mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Haiqal tetap pergi  ke Batu Pahat untuk lebih mengenali arwah ayahnya.

PERSOALAN

Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenar ayahnya.
• Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat menuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
• Haiqal sanggup pergi ke Kampung Seri Purnama walaupun ditentang oleh uminya kerana mahu mengenali arwah ayahnya.

Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
• Abdullah Bin Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk memartabatkan kesenian tarian zapin khususnya zapin jincat di kampung tersebut.
• Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama menghidupkan semula kumpulan zapin D'Purnama yang terkubur setelah ayahnya meninggal dunia.

Persoalan kerjasama untuk melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama menyediakan hidangan dan membersihkan balai raya untuk membuat persiapan menyambut Hari Memperingati Cikgu Abdullah Kayan.

PERWATAKAN/KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA
-HAIQAL

Haiqal seorang yang tegas pendirian.
• Berkeras untuk pergi ke Batu Pahat walaupun mendapat tentangan daripada uminya.

Haiqal seorang yang setiakawan.
• Mendengar luahan hati dan menasihati sahabatnya Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. 

Haiqal seorang yang gigih.
• Berusaha gigih menghidupkan kembali kumpulan zapin D'Purnama walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan dalam kesenian tersebut.

Haiqal seorang yang taat pada agama.
• Segera mencari surau untuk solat subuh setelah sampai di Batu Pahat.

KONFLIK WATAK UTAMA DAN CARA PENYELASAIAN
- KBAT

Keinginan untuk merungkaikan misteri manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa.
• Tekad membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor walaupun dimarahi dan ditentang oleh uminya, Rafiqah,

Tidak mengenali latar belakang arwah ayahnya.
• Berusaha mengenali arwah ayahnya dengan bertanya kepada tauke Ong See Hwa, pak cik Bakar dan orang kampung Seri Purnama tentang kehidupan arwah ayahnya itu.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN
-AMIRUL NIZAM/ABDULLAH BIN KAYAN

Abdullah Kayan seorang yang penyayang,
• Sering merindui anaknya Haiqal dan selalu menatap gambar Haiqal semasa kecil yang ada di dalam simpanannya.
• Menganggap anak tauke Ong, iaitu Ai Ling dan Ai Ching seperti anaknya sendiri.

 Abdullah Kayan seorang yang baik hati. 
• Suka membantu orang lain seperti selalu menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah.

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Dedicated to any student yang suka study last minit before examination just like me.
Email me untuk request any note at nathirah1999@gmail.com 🌸

PERMULAAN

Haiqal menerima sebuah manuskrip daripada seseorang yang bernama Ong See Hwa. Haiqal diterangkan oleh ibunya bahawa walid, Abdul Fatah sebenarnya merupakan ayah tirinya. Ayah kandungnya pula masih hidup, tetapi Haiqal diberitahu bahawa ayah kandungnya itu tinggal berjauhan daripada mereka.

PERKEMBANGAN

Haiqal memaklumkan kepada uminya tentang hasratnya untuk ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor dan hasratnya ini telah mendatangkan kemarahan ibunya. Haiqal selamat sampai di Kampug Seri Purnama dan dengan bantuan penduduk kampung dia diperkenalkan kepada Tauke Ong yang membawanya ke rumah arwah ayahnya.

Haiqal mendapat pelbagai maklumat tentang arwah ayahnya daripada penduduk kampung seperti Ong See Hwa, pak cik Bakar dan penduduk Kampung Seri Purnama. Haiqal mencadangkan agar aktiviti tarian zapin melalui kumpulan D'Purnama dihidupkan semula dan cadangannya diterima oleh ketua kampung.

PUNCAK/KLIMAKS

Kehadiran umi, walid, dan adiknya ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan persembahan tarian zapin yang turut disertai oleh Haiqal.

-BPK
Pertengkaran atau konflik yang berlaku antara Haiqal dengan umi kerana hasrat Haiqal yang ingin ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor.

PELERAIAN/PENGAKHIRAN

Haiqal menyambung pelajaran di sebuah universiti di Sarawak. Ratna, iaitu rakan baik kepada Haiqal telah bertunang dengan usahawan dan akan berkahwin pada penghujung tahun. Haiqal pula akan berusaha untuk mengenali See Hwa dengan lebih rapat.