SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5: PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH

FAKTOR PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH

F1 Tempat kelahiran nabi Muhammad saw.
F2 Tempat lahirnya agama Islam.
F3 Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah.
F4 Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.
F5 Kerajaan Islam di Madinah akan menjadi mantap.
F6 Orang Quraisy membunuh bani Khuzaah.

FAKTOR KEJAYAAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH

F1 Pengislaman Abu Suffiyan dan Abbas.
F2 Nabi Muhammad saw memberi jaminan keselamatan mangsa yang dikepung di Kaabah.
F3 Nabi Muhammad saw menyediakan 4 pasukan tentera.
F4 Semangat ketaqwaan dan keyakinan tentera Islam.
F5 Sifat pemaaf nabi Muhammad saw.
F6 4 pasukan tentera bergerak melalui 4 arah ke kota Mekah.
F7 Pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubaidah dan Zubair al-Awwam.

KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MEKAH

F1 Kaabah terpelihara daripada unsur Jahiliah.
F2 Penyembahan berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam.
F3 Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
F4 Kota Mekah dijadikan sebagai kota suci umat Islam.
F5 Menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk melakukan ibadat.
F6 Membuktikan Madinah kukuh di bawah kepimpinan baginda.
F7 Membuka jalan penyebaran Islam keseluruh Tanah Arab.
F8 Dakwah Islamiah disebarkan secara umum.
F9 Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kukuh.
F10 Mekah dijadikan sebuah wilayah Islam.

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5: PERJANJIAN HUDAIBIYAH

SEBAB/KRONOLOGI/PERISTIWA TERMETERAINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH

F1 Pada 638M, orang Islam menziarahi Mekah untuk mengerjakan umrah.
F2 Rombongan disekat oleh orang Arab Quraisy.
F3 Menerusi utusan Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan kedatangan.
F4 Orang Islam berikrar dan bersumpah setia menuntut bela kematian Uthman bin Affan.
F5 Orang Islam Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk berunding.
F6 Setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

FAKTOR UTHMAN BIN AFFAN DIPILIH

F1 Ramai saudara di Mekah.
F2 Matang dan lebih tua.
F3 Lembut sifatnya dan bertolak ansur.

FAKTOR ORANG ARAB MENYEKAT ROMBONGAN

F1 Merasakan maruah mereka tercabar.
F2 Bimbang dengan kekuatan orang Islam.

KEPENTINGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH

F1 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.
F2 Memberi kebebasan orang Islam memasuki Mekah.
F3 Bebas melakukan ibadah di Kaabah.
F4 Merangka program Dakwah Islamiah.
F5 Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad saw sebagai tokoh yang unggul.
F6 Memperoleh keuntungan dari segi jangka masa panjang.
F7 Suku Arab bebas beragama tanpa halangan.
F8 Islam tersebar dengan aman.
F9 Perintis ke arah pembukaan semula Kota Mekah. 
F10 Mengiktiraf  kerajaan Islam di Madinah.

KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH

F1 Genjatan senjata selama 10 tahun.
F2 Kabilah Arab bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Mekah.
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekah tanpa kebenaran penjaga tidak perlu dipulangkan.
F4 Orang Islam Mekah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaga perlu dipulangkan semula.
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5: PIAGAM MADINAH

PIAGAM MADINAH

F1 Perlembagaan bertulis dirangka oleh nabi Muhammad saw berpandukan wahyu Allah swt
F2 Menjadi asas pemerintahan kerjaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.
F3 Mencatatkan tentang peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya.
F4 Dikarang berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam: 
i. Muhajirin dan Ansar.
ii. Yahudi dan suku Arab yang lain.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

POLITIK
F1 Nabi Muhammad sebagai pemimpin.
F2 Nabi Muhammad saw sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

AGAMA
F1 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
F2 Mereka bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

SOSIAL

F1 Masyarakat Madinah sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
F2 Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

PERUNDANGAN
F1 Undang-undang Islam digun pakai secara menyeluruh.
F2 Peraturan kekeluargaan dalam satu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

EKONOMI

F1 Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.
F2 Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

F1 Model kerajaan Islam yang unggul iaitu panduan pemerintahan berasaskan agama Islam.
F2 Amalan riba, penipuan dan rasuah serta penindasan tidak dibenarkan.
F3 Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan.
F4 Keadilan dan ketelusan  dalam perniagaan.
F5 Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah.
F6 Semangat ukhuwah Islamiah iaitu kedudukan rakyat adalah sama.
F7 Tiada pebezaan taraf dalam kalangan masyarakat.
F8 Menekankan persamaan hak, persaudaraan Islam dan semangat perpaduan.
F9 Konsep keadilan sosial dipraktikkan.
F10 Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil.
F11 Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat.
F12 Menyusun perlembagaan negara dengan perjanjian yang lengkap.
F13 Sistem pemerintahan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.

STATEGI PENYEBARAN ISLAM

F1 Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab (STA).
F2 Tidak memaksa.
F3 Menggunakan diplomasi iaitu sentiasa berbincang dan bertukar pendapat.
F4 Mewujudkan persefahaman antara wilayah tersebut.
F5 Melalui warkah.
F6 Menunjukkan nilai-nilai yang baik.

GARIS PANDUAN PERANG DALAM ISLAM

F1 Bertujuan untuk pertahankan maruah diri, agama dan bangsa.
F2 Dengan izin Allah swt melalui wahyu.
F3 Menyerang apabila diserang.
F4 Mencari keamanan.
F5 Menentang kezaliman.
F6 Mempertahankan diri.
F7 Mementingkan kedamaian.
F8 Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah, iaitu orang tua, kanak-kanak, wanita, golongan sakit dan golongan yang menyerah diri.