SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5: PIAGAM MADINAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

PIAGAM MADINAH
F1 Perlembagaan bertulis dirangka oleh nabi Muhammad saw berpandukan wahyu Allah swt
F2 Menjadi asas pemerintahan kerjaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.
F3 Mencatatkan tentang peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya.
F4 Dikarang berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam: 
i. Muhajirin dan Ansar.
ii. Yahudi dan suku Arab yang lain.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
POLITIK
F1 Nabi Muhammad sebagai pemimpin.
F2 Nabi Muhammad saw sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

AGAMA
F1 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
F2 Mereka bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

SOSIAL
F1 Masyarakat Madinah sebagai satu ummah dan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama dan seiring terhadap negara.
F2 Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

PERUNDANGAN
F1 Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
F2 Peraturan kekeluargaan dalam satu kabilah boleh diamalkan selagi ianya tidak bertentangan dengan Islam.

EKONOMI
F1 Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.
F2 Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
F1 Model kerajaan Islam yang unggul iaitu panduan pemerintahan berasaskan agama Islam.
F2 Amalan riba, penipuan dan rasuah serta penindasan tidak dibenarkan.
F3 Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan.
F4 Keadilan dan ketelusan  dalam perniagaan.
F5 Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah.
F6 Semangat ukhuwah Islamiah iaitu kedudukan rakyat adalah sama.
F7 Tiada pebezaan taraf dalam kalangan masyarakat.
F8 Menekankan persamaan hak, persaudaraan Islam dan semangat perpaduan.
F9 Konsep keadilan sosial dipraktikkan.
F10 Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil.
F11 Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat.
F12 Menyusun perlembagaan negara dengan perjanjian yang lengkap.
F13 Sistem pemerintahan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.

STATEGI PENYEBARAN ISLAM
F1 Menghantar sebarang perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab (STA).
F2 Tidak memaksa.
F3 Menggunakan diplomasi iaitu sentiasa berbincang dan bertukar pendapat.
F4 Mewujudkan persefahaman antara wilayah tersebut.
F5 Melalui warkah.
F6 Menunjukkan nilai-nilai yang baik.

GARIS PANDUAN PERANG DALAM ISLAM
F1 Bertujuan untuk pertahankan maruah diri, agama dan bangsa.
F2 Dengan izin Allah swt melalui wahyu.
F3 Menyerang apabila diserang.
F4 Mencari keamanan.
F5 Menentang kezaliman.
F6 Mempertahankan diri.
F7 Mementingkan kedamaian.
F8 Tidak dibenarkan membunuh insan-insan yang lemah, iaitu orang tua, kanak-kanak, wanita, golongan sakit dan golongan yang menyerah diri.