SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

KRONOLOGI
Khalifah ar Rasyidin => Bani Umaiyah => Kerajaan Abbasiyah => Turki Uthmaniyah
*Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan kerajaan Islam terakhir.

SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 
F1 Pemerintahannya yang lemah.
F2 Muncul kerajaan kecil di Parsi dan Turki, iaitu:
- Kerajaan Saljuk yang merupakan kerajaan paling dominen.
- Anatolia yang mempunyai kuasa pentadbiran.

KEBANGKITAN DAN KEMEROSOTAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
F1 Diasaskan oleh Uthman bin Ertugrul bin Sulaiman yang merupakan amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia bersempadan empayar Byzantine atau Rom Timur.
- Uthman mengadapi ancaman lebih besar.
F2 Uthman menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi dan pemimpin menyertai tenntera Uthman.
F3 Uthman mula bangkit dengan menguasai Anatolia dan menjadikan Barsa sebagai ibu negeri.
- Uthman meninggal dan digantikan anaknya Orhan I.
- Orhan I meneruskan penguasaan di kawasan lain.
F4 Semasa Mehmed II, pengukukan Turki Uthmaniyah terus berlaku sehingga kematian Suleiman I, iaitu pada abad ke-20.
- Abad ke-16 merupakan penguasaan politik dan ekonomi yang paling kuat.
F5 Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai merosot apabila;
- Kelemahan pemerintah.
- Pemberontakan.
- Penambahan penduduk yang pesat.
- Keruntuhan sistem pungutan cukai.

SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 
Mampu bertahan selama 600 tahun.

F1 Mewujudkan sebuah empayar yang merupakan kesatuan dunia Islam.
F2 Sultan Selim I menguasai Mekah, maka menjadi pelimdung umat Islam di seluruh dunia.
F3 Istanbul sebagai pusat pentadbiran dunia Islam.
F4 Suleiman I memperkenalkan kanun Suleiman
- Undang-undang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan semua individu tanpa mengenal bangsa.
F5 Jawatan kadi dan mufti diperkenalkan.
F6 Memperkenalkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, seklah sastera dan maktab tentera, maktab teknik serta kolej perubatan.
F7 Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.
F8 Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada mobiliti sosial kepada masyarakat.
F9 Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
F10 Penulisan ensiklopedia sains Islam.
F11 Jawatan Sheikh al Islam iaitu mengeluarkan fatwa.
F12 Seni bina masjid, contohnya masjid biru di Istanbul. 

*Mobiliti sosial ialah peningkatan taraf hidup.

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: BANI UMAIYAH - BANI ABBASIYAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
F1 Golongan Mawali menganggap mereka didikriminasikan.
- Tidak berpuas hati kerana mereka tidak mendapat jawatan yang layak.
- Dikenakan cukai tinggi.
F2 Khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
- Khalifah mengabaikan ajaran Islam.
F3 Pelantikan khalifah mengikut sistem warisan.

KEBANGKITAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
F1 Golongan Mawali menyokong revolusi Abbasiyah.
F2 Revolusi Abbasiyah menumbangkan bani Umaiyah 
- Disokong oleh Ali bin Abdullah (sulit) dan Umar Abd Aziz (terbuka).
F2 Menggunakan nama Ahlul Bait untuk mendapat sokongan ramai.
- Operasi dijalankan di Kurah dan Kurasan.
- Gerakan kukuh dengan keanggotaan 2 anggota pahlawan.

SOALAN KBAT
Perasaan tidak puas hati rakyat merupakan punca utama kepada kejatuhan sesebuah kerajaan. Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan rakyat sentiasa berpuas hati?

Pada pandangan saya, kerajaan dapat memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan:
KB1 Bersikap adil dalam membantu rakyat yang miskin dan kesusahan.
KB2 Memberi kemudahan asas kepada rakyat.
KB3 Mengenakan kadar gst yang lebih rendah kepada rakyat.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
F1 Kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
F2 Baiktulhikmah sebagai institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
F3 Menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani kepada bahasa Arab.
F4 Kegiatan penulisan dilakukak mengikut tiga tahap:
- Mencatat idea.
- Mengumpul idea.
- Mengarang.
F5 Pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
F6 Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya.

SOALAN KBAT
Pada pendapat anda, bagaimankah kerajaan Malaysia mampu mancapai hab (pusat) pendidikan sebagaimana kerajaan Abbasiyah?

Pada pendapat saya, kerajaan Malaysia mampu untuk mencapai hab pendidikan pada peringkat dunia sebagaimana kerajaan Abbasiyah melalui:
KB1 Menaik tafar pendidik yang pakar.
KB2 Meningkatkan prasarana pembelajaran.

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: KERAJAAN BANI UMAIYAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua! ðŸŒ¸

FAKTOR PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Hassan bin Ali menyerahkan kuasa kepada Muawiyah untuk mengelakkan umat Islam dari terus berpecah belah.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
TAHAP PERTAMA

POLITIK
I Sistem pemerintahan dan sistem pentadbiran terbahagi kepada empat aspek sistem:
F1 Sistem khalifah iaitu khalifah sebagai ketua pemerintah.
F2 Pelaksanaan sistem wazarah iaitu wazir bermaksud sebagai ketuai sesebuah pentadbiran negara manakala gabenor sebagai ketua pentadbiran wilayah.
F3 Sistem urus setia iaitu pegawai utama mengumpul rekod dan mengurus surat menyurat.
F4 Sistem hijabah iaitu pegawai mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
F5 Penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan). 
F6 Mewujudkan tentera darat dan tentera laut.
F7 Penubuhan 4 jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor untuk menguruskan pentadbiran.

SOSIAL
I Pendidikan
F1 Kota Basrah menjadi pusat penyebaran Ilmu.
F2 Lahir ilmuan di Bani Umaiyah seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan fisiologi Arab) dan Sibawahyi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.
F3 Bahasa Arab bahasa rasmi negara.
F4 Tanda bunyi atau tanda baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran.

II Ilmu agama
F1 Melahirkan tokoh terkenal dalam bidang tertentu.
F2 Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis).
F2 Ibn Jarih (tafsir al-Qur'an).
F3 Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

III Kesihatan
F1 Membina hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
F2 Hospital kedua merupakan hospital penyakit kusta oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
F3 Menghasilkan buku yang membicarakan tentang pembedahan.
F4 Perkembangan bidang kimia dan astronomi.

IV Aspek Perundangan
F1 Mengenakan hukum ijmak dan hukum ijtihad.
F2 Ijmak iaitu kesepakatan pendapat ulama'.
F3 Ijtihad iaitu penggunaan akal dan fikiran semaksimum mungkin. 
F4 Hukum bebas tidak cenderong mana-mana pihak.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
TAHAP KEDUA

SOSIAL
I Pendidikan
F1 Pusat pengajian tinggi di Cordova ooleh Abdul Rahman III.
F2 Berkembang menjadi pusat ilmu di Eropah.
F3 Pembinaan perpustakaan oleh al-Hakam II.
F4 Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia.
F5 Pusat keilmuan berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

II Penterjemahan
F1 Sebuah pusat penterjemahan dibina.
F2 Menterjemah karya yunani ke bahasa Arab.
F3 Memberi peluang masyarakat bani Umaiyah mempelajari pelbagai ilmu.
F4 Cordova sebagai pusat penterjemahan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan dunia Eropah.
F5 Keilmuan Islam memberikan faedah kepada masyarakat Eropah.

III Seni bina
F1 Binaan Masjid Cordova.
F2 Menara yang tingginya sekitar 36 meter.
F3 Kubah beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang daripada batu marmar.
F4 Diterangi 4700 buah lampu pada waktu malam yang memerlukan 11 tan minyak setahun.

EKONOMI
I Kewangan
F1 Penubuhan Baitulmal yang mewujudkan sistem kewangan.
F2 Sumber pandapatan kerajaan termasuklah kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (kadar cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian tuan tanah) dan ghanimah (harta rampasan tentera melalui peperangan).

II Kemahiran
F1 Pembuatan barang tembikar dan perhiasan.
F2 Daripada perak dan emas.
F3 Memproses kulit.
F4 Membuat senjata.

III Pembinaan
F1 Pembinaan sistem saliran.
F2 Menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

IV Penyelidikan
F1 Meningkatkan hasil pertanian melalui penyilidikan benih berkualiti.

FAKTOR KEJAYAAN
Kebijaksanaan pemerintah dalam melasanakan proses-proses pembaharuan, menyelaraskan sistem pentadbiran dan perancangan yang baik.

SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH KPD KERAJAAN ABBASIYAH
Faktor: Dari dalam dan luar negara.

F1 Golongan Mawali menganggap mereka telah didikriminasikan.
F2 Tidak berpuas hati kerana tidak dapat jawatan yang dianggap layak.
F3 Dikenakan cukai yang tinggi.
F4 Golongan Mawali menyokong gerakan Abbasiyah menentang bani Umaiyah.
F5 Khalifah mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
F6 Khalifah Umaiyah mengabaikan ajaran Islam dan bangkitkan kemarahan rakyat.
F7 Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang.
F8 Ali bin Abdullah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait.

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: SISTEM KHALIFAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

KONSEP/MAKSUD KHALIFAH  
F1 Pengganti.
F2 Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan Islam.
F3 Dari sudut agama: Tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam.
F4 Mengekalkan keharmonian selepas kewafatan nabi Muhammad saw.

SYARAT PEMILIHAN KHALIFAH
F1 Lelaki.
F2 Patuh perintah Allah.
F3 Berakhlak mulia.
F4 Adil.
F5 Berakal.
F6 Sihat tubuh badan.
F7 Sanggup melaksanakan perintah Allah.
F8 Warak.
F9 Cerdas berfikir.
F10 Berpengetahun Islam.
F11 Pandai mentadbir.

KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH
F1 Musyawarah atau syura spt. pelantikan Saidina Abu Bakar.
F2 Cadangan satu nama sahaja spt. pelantikan Saidina Umar.
F3 Pemilihan daripada enam nama yang diusulkan spt. pelantikan Saidina Uthman bin Affan.
F4 Pencalonan oleh sekelompok majoriti masyarakat spt. pelantikan Saidina Ali bin Abi Talib.

TUGAS KHALIFAH
F1 Memelihara kedudukan agama Islam.
F2 Mentadbir negara mengikut hukum syarak.
F3 Memastikan kelicinan pentadbiran negara.
F4 Menitikberatkan keseimbangan rohani dan jasmani.
F5 Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.
F6 Melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara.
F7 Menjaga kebajikan rakyat.
F8 Menjaga dan meneruskan ajaran Islam.
F9 Mengekalkan perpaduan ummah.
F10 Memantapkan sistem perundangan Islam.
F11 Menguruskan hal ehwal kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal.
F12 Mengurus pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

SUMBANGAN KHALIFAH
SUMBANGAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ
Gelaran sebagai penyelamat umat Islam.

POLITIK 
F1 Mengatasi masalah perpecahan umat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad saw.
F2 Memerangi dan menghapuskan golongan Riddah:
- Golongan enggan membayar zakat.
- Golongan nabi palsu.
- Golongan murtad.
F3 Pertahankan Madinah dari ancaman kerajaan Parsi dan kerajaan Rom Timur.

SOSIAL
F1 Menghantar Khalid al-Walid ke Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
F2 Membahagikan tanah arab kepada sepuluh wilayah.
F3 Melantik seorang amir untuk mentadbir.
F4 Memperkenalkan undang-undang tanah.

EKONOMI
F1 Bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang.
F2 Memberi hak yang sama kepada golongan miawali (orang bukan arab yang memeluk Islam).
F3 Mengumpulkan semula tulisan al-Quran  kerana kematian ramai Hafiz sewaktu menentang golongan al-Riddah (Zaid bin Thabit menyalin ayatnya semula).

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
Gelaran sebagai Amirul Mukmin atau panglima yang mukminin.

POLITIK
F1 Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. 
F2 Menubuhkan majlis syura dianggotai Muhajirin dan Ansar.
F3 Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
F4 Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.
F5 Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis dan Jabatan Pencukaian.
F6 Setiap jabatan diketuai Khatib atau setiausaha.
F7 Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain.
F8 Mengelakkan salah laku hakim melalui gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).

SOSIAL
F1 Mengembangkan pelajaran al-Quran.
F2 Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
F3 Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah.
F4 Memperkenalkan kalendar Islam.

KETENTERAAN
F1 Menyusun sistem ketenteraan iaitu tentera tetap dan tentera sukarela.
F2 Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
F3 Membina markas tentera di sempadan Madinah, Fusfat dan Kufah.

EKONOMI
F1 Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian.
F2 Menggalakkan rakyat meneroka tanah.
F3 Memperkenalkan pelbagai jenis cukai iaitu jizyah dan kharaj.
F4 Mendirikan baitulmal untuk mengawal aliran masuk pendapatan negara.
F5 Cukai jizyah kepada golongan zimani.
F6 Cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

SUMBANGAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Gelaran sebagai Zur Nurain iaitu mempunyai dua cahaya mata.

POLITIK
F1 Meluaskan taklukan (Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli).
F2 Mengukuhkan pertahan negara dengan membina tentera laut Islam.

SOSIAL
F1 Mengisytiharkan Mushaf Uthmani.
F2 Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan pengembara.
F3 Menyelaraskan bacaan al-Quran.

EKONOMI
F1 Mengukuhkan peranan baitulmal.
F2 Hasil baitumal bagi membiayai pembangunan negara.
F3 Memperkuat angkatan tentera laut Islam.
F4 Membeli peralatan senjata dan kapal. 
F5 Mengekalkan jizyah.

SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Gelaran sebagai Karramallahu Wajhah iaitu Allah swt memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.

SOSIAL
F1 Mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
F2 Menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan undang-undang Islam.
F3 Menghentikan peperangan saudara atau dikenali sebagai perang siffin dan menjalankan perundingan apabila pihak lawan mengangkat al-Quran.
F4 Membina markas tentera di Parsi dan Sempadan Syria.
F5 Menjaga keamanan negara.

EKONOMI
F1 Mengekalkan kutipan jizyah.
F2 Mengutus surat kepada al-Asytar iaitu seorang tokoh yang berani.
F3 Mengikat perjanjian dengan golongan zimmi bagi mengenakan jizyah ke atas mereka.