SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: SISTEM KHALIFAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

KONSEP/MAKSUD KHALIFAH  
F1 Pengganti.
F2 Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan Islam.
F3 Dari sudut agama: Tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam.
F4 Mengekalkan keharmonian selepas kewafatan nabi Muhammad saw.

SYARAT PEMILIHAN KHALIFAH
F1 Lelaki.
F2 Patuh perintah Allah.
F3 Berakhlak mulia.
F4 Adil.
F5 Berakal.
F6 Sihat tubuh badan.
F7 Sanggup melaksanakan perintah Allah.
F8 Warak.
F9 Cerdas berfikir.
F10 Berpengetahun Islam.
F11 Pandai mentadbir.

KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH
F1 Musyawarah atau syura spt. pelantikan Saidina Abu Bakar.
F2 Cadangan satu nama sahaja spt. pelantikan Saidina Umar.
F3 Pemilihan daripada enam nama yang diusulkan spt. pelantikan Saidina Uthman bin Affan.
F4 Pencalonan oleh sekelompok majoriti masyarakat spt. pelantikan Saidina Ali bin Abi Talib.

TUGAS KHALIFAH
F1 Memelihara kedudukan agama Islam.
F2 Mentadbir negara mengikut hukum syarak.
F3 Memastikan kelicinan pentadbiran negara.
F4 Menitikberatkan keseimbangan rohani dan jasmani.
F5 Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.
F6 Melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara.
F7 Menjaga kebajikan rakyat.
F8 Menjaga dan meneruskan ajaran Islam.
F9 Mengekalkan perpaduan ummah.
F10 Memantapkan sistem perundangan Islam.
F11 Menguruskan hal ehwal kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal.
F12 Mengurus pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

SUMBANGAN KHALIFAH
SUMBANGAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ
Gelaran sebagai penyelamat umat Islam.

POLITIK 
F1 Mengatasi masalah perpecahan umat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad saw.
F2 Memerangi dan menghapuskan golongan Riddah:
- Golongan enggan membayar zakat.
- Golongan nabi palsu.
- Golongan murtad.
F3 Pertahankan Madinah dari ancaman kerajaan Parsi dan kerajaan Rom Timur.

SOSIAL
F1 Menghantar Khalid al-Walid ke Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
F2 Membahagikan tanah arab kepada sepuluh wilayah.
F3 Melantik seorang amir untuk mentadbir.
F4 Memperkenalkan undang-undang tanah.

EKONOMI
F1 Bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang.
F2 Memberi hak yang sama kepada golongan miawali (orang bukan arab yang memeluk Islam).
F3 Mengumpulkan semula tulisan al-Quran  kerana kematian ramai Hafiz sewaktu menentang golongan al-Riddah (Zaid bin Thabit menyalin ayatnya semula).

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
Gelaran sebagai Amirul Mukmin atau panglima yang mukminin.

POLITIK
F1 Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. 
F2 Menubuhkan majlis syura dianggotai Muhajirin dan Ansar.
F3 Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
F4 Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.
F5 Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis dan Jabatan Pencukaian.
F6 Setiap jabatan diketuai Khatib atau setiausaha.
F7 Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain.
F8 Mengelakkan salah laku hakim melalui gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).

SOSIAL
F1 Mengembangkan pelajaran al-Quran.
F2 Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
F3 Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah.
F4 Memperkenalkan kalendar Islam.

KETENTERAAN
F1 Menyusun sistem ketenteraan iaitu tentera tetap dan tentera sukarela.
F2 Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
F3 Membina markas tentera di sempadan Madinah, Fusfat dan Kufah.

EKONOMI
F1 Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian.
F2 Menggalakkan rakyat meneroka tanah.
F3 Memperkenalkan pelbagai jenis cukai iaitu jizyah dan kharaj.
F4 Mendirikan baitulmal untuk mengawal aliran masuk pendapatan negara.
F5 Cukai jizyah kepada golongan zimani.
F6 Cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

SUMBANGAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Gelaran sebagai Zur Nurain iaitu mempunyai dua cahaya mata.

POLITIK
F1 Meluaskan taklukan (Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli).
F2 Mengukuhkan pertahan negara dengan membina tentera laut Islam.

SOSIAL
F1 Mengisytiharkan Mushaf Uthmani.
F2 Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan pengembara.
F3 Menyelaraskan bacaan al-Quran.

EKONOMI
F1 Mengukuhkan peranan baitulmal.
F2 Hasil baitumal bagi membiayai pembangunan negara.
F3 Memperkuat angkatan tentera laut Islam.
F4 Membeli peralatan senjata dan kapal. 
F5 Mengekalkan jizyah.

SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Gelaran sebagai Karramallahu Wajhah iaitu Allah swt memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.

SOSIAL
F1 Mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
F2 Menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan undang-undang Islam.
F3 Menghentikan peperangan saudara atau dikenali sebagai perang siffin dan menjalankan perundingan apabila pihak lawan mengangkat al-Quran.
F4 Membina markas tentera di Parsi dan Sempadan Syria.
F5 Menjaga keamanan negara.

EKONOMI
F1 Mengekalkan kutipan jizyah.
F2 Mengutus surat kepada al-Asytar iaitu seorang tokoh yang berani.
F3 Mengikat perjanjian dengan golongan zimmi bagi mengenakan jizyah ke atas mereka.