SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: KERAJAAN BANI UMAIYAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua! 🌸

FAKTOR PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Hassan bin Ali menyerahkan kuasa kepada Muawiyah untuk mengelakkan umat Islam dari terus berpecah belah.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
TAHAP PERTAMA

POLITIK
I Sistem pemerintahan dan sistem pentadbiran terbahagi kepada empat aspek sistem:
F1 Sistem khalifah iaitu khalifah sebagai ketua pemerintah.
F2 Pelaksanaan sistem wazarah iaitu wazir bermaksud sebagai ketuai sesebuah pentadbiran negara manakala gabenor sebagai ketua pentadbiran wilayah.
F3 Sistem urus setia iaitu pegawai utama mengumpul rekod dan mengurus surat menyurat.
F4 Sistem hijabah iaitu pegawai mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.
F5 Penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan). 
F6 Mewujudkan tentera darat dan tentera laut.
F7 Penubuhan 4 jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor untuk menguruskan pentadbiran.

SOSIAL
I Pendidikan
F1 Kota Basrah menjadi pusat penyebaran Ilmu.
F2 Lahir ilmuan di Bani Umaiyah seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan fisiologi Arab) dan Sibawahyi (ahli nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.
F3 Bahasa Arab bahasa rasmi negara.
F4 Tanda bunyi atau tanda baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran.

II Ilmu agama
F1 Melahirkan tokoh terkenal dalam bidang tertentu.
F2 Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis).
F2 Ibn Jarih (tafsir al-Qur'an).
F3 Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

III Kesihatan
F1 Membina hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
F2 Hospital kedua merupakan hospital penyakit kusta oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
F3 Menghasilkan buku yang membicarakan tentang pembedahan.
F4 Perkembangan bidang kimia dan astronomi.

IV Aspek Perundangan
F1 Mengenakan hukum ijmak dan hukum ijtihad.
F2 Ijmak iaitu kesepakatan pendapat ulama'.
F3 Ijtihad iaitu penggunaan akal dan fikiran semaksimum mungkin. 
F4 Hukum bebas tidak cenderong mana-mana pihak.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
TAHAP KEDUA

SOSIAL
I Pendidikan
F1 Pusat pengajian tinggi di Cordova ooleh Abdul Rahman III.
F2 Berkembang menjadi pusat ilmu di Eropah.
F3 Pembinaan perpustakaan oleh al-Hakam II.
F4 Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia.
F5 Pusat keilmuan berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

II Penterjemahan
F1 Sebuah pusat penterjemahan dibina.
F2 Menterjemah karya yunani ke bahasa Arab.
F3 Memberi peluang masyarakat bani Umaiyah mempelajari pelbagai ilmu.
F4 Cordova sebagai pusat penterjemahan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan dunia Eropah.
F5 Keilmuan Islam memberikan faedah kepada masyarakat Eropah.

III Seni bina
F1 Binaan Masjid Cordova.
F2 Menara yang tingginya sekitar 36 meter.
F3 Kubah beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang daripada batu marmar.
F4 Diterangi 4700 buah lampu pada waktu malam yang memerlukan 11 tan minyak setahun.

EKONOMI
I Kewangan
F1 Penubuhan Baitulmal yang mewujudkan sistem kewangan.
F2 Sumber pandapatan kerajaan termasuklah kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (kadar cukai sebanyak 1/10 daripada hasil pertanian tuan tanah) dan ghanimah (harta rampasan tentera melalui peperangan).

II Kemahiran
F1 Pembuatan barang tembikar dan perhiasan.
F2 Daripada perak dan emas.
F3 Memproses kulit.
F4 Membuat senjata.

III Pembinaan
F1 Pembinaan sistem saliran.
F2 Menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

IV Penyelidikan
F1 Meningkatkan hasil pertanian melalui penyilidikan benih berkualiti.

FAKTOR KEJAYAAN
Kebijaksanaan pemerintah dalam melasanakan proses-proses pembaharuan, menyelaraskan sistem pentadbiran dan perancangan yang baik.

SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH KPD KERAJAAN ABBASIYAH
Faktor: Dari dalam dan luar negara.

F1 Golongan Mawali menganggap mereka telah didikriminasikan.
F2 Tidak berpuas hati kerana tidak dapat jawatan yang dianggap layak.
F3 Dikenakan cukai yang tinggi.
F4 Golongan Mawali menyokong gerakan Abbasiyah menentang bani Umaiyah.
F5 Khalifah mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
F6 Khalifah Umaiyah mengabaikan ajaran Islam dan bangkitkan kemarahan rakyat.
F7 Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang.
F8 Ali bin Abdullah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait.