SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Do email me untuk request note nathirah1999@gmail.com. Terima kasih semua!

KRONOLOGI
Khalifah ar Rasyidin => Bani Umaiyah => Kerajaan Abbasiyah => Turki Uthmaniyah
*Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan kerajaan Islam terakhir.

SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH 
F1 Pemerintahannya yang lemah.
F2 Muncul kerajaan kecil di Parsi dan Turki, iaitu:
- Kerajaan Saljuk yang merupakan kerajaan paling dominen.
- Anatolia yang mempunyai kuasa pentadbiran.

KEBANGKITAN DAN KEMEROSOTAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
F1 Diasaskan oleh Uthman bin Ertugrul bin Sulaiman yang merupakan amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia bersempadan empayar Byzantine atau Rom Timur.
- Uthman mengadapi ancaman lebih besar.
F2 Uthman menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi dan pemimpin menyertai tenntera Uthman.
F3 Uthman mula bangkit dengan menguasai Anatolia dan menjadikan Barsa sebagai ibu negeri.
- Uthman meninggal dan digantikan anaknya Orhan I.
- Orhan I meneruskan penguasaan di kawasan lain.
F4 Semasa Mehmed II, pengukukan Turki Uthmaniyah terus berlaku sehingga kematian Suleiman I, iaitu pada abad ke-20.
- Abad ke-16 merupakan penguasaan politik dan ekonomi yang paling kuat.
F5 Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai merosot apabila;
- Kelemahan pemerintah.
- Pemberontakan.
- Penambahan penduduk yang pesat.
- Keruntuhan sistem pungutan cukai.

SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH 
Mampu bertahan selama 600 tahun.

F1 Mewujudkan sebuah empayar yang merupakan kesatuan dunia Islam.
F2 Sultan Selim I menguasai Mekah, maka menjadi pelimdung umat Islam di seluruh dunia.
F3 Istanbul sebagai pusat pentadbiran dunia Islam.
F4 Suleiman I memperkenalkan kanun Suleiman
- Undang-undang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan semua individu tanpa mengenal bangsa.
F5 Jawatan kadi dan mufti diperkenalkan.
F6 Memperkenalkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, seklah sastera dan maktab tentera, maktab teknik serta kolej perubatan.
F7 Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.
F8 Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada mobiliti sosial kepada masyarakat.
F9 Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
F10 Penulisan ensiklopedia sains Islam.
F11 Jawatan Sheikh al Islam iaitu mengeluarkan fatwa.
F12 Seni bina masjid, contohnya masjid biru di Istanbul. 

*Mobiliti sosial ialah peningkatan taraf hidup.