NILAI KEMANUSIAAN DAN PENGAJARAN KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

NILAI KEMANUSIAAN/NILAI MURNI

Nilai kasih sayang.
• Abdullah Bin Kayan berusaha untuk bertemu anaknya Haiqal setelah berpisah dengan Rafiqah. Abdullah sentiasa merindui anaknya dan melihat gambar Haiqal ketika kecil.

Nilai amanah.
• Tauke Ong menjaga dan menguruskan rumah, tanah dan hasil tanaman kelapa sawit milik arwah cikgu Abdullah. Dia menyerahkan asset dan buku bank kepada Haiqal setelah Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama.

Nilai ketabahan.
• Abdullah Bin Kayan tabah menanggung rindu terhadap Haiqal serta tabah menanggung penyakit yang dihadapinya.

PENGAJARAN/TELADAN

Kita mestilah menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada kita.
• Haiqal tetap menghormati uminya walaupun uminya menentang hasratnya untuk pergi ke Batu Pahat. Haiqal juga menghormati ayah tirinya, Abdul Fatah kerana dia melayan Haiqal dengan baik.

Kita mestilah berusaha gigih dalam melakukan sesuatu.
• Haiqal gigih mempelajari tarian Zapin walaupun tiada kemahiran dan kemahiran dalam seni tarian.

Kita mestilah saling membantu dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.

LATAR KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

LATAR TEMPAT

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
• Haiqal menikmati minum petang di gerai ibu Ratna dan mereka berbual-bual tentang rancangan Haiqal sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM.

Banglo ibu Haiqal di Kuala Terengganu.
• Haiqal memaklumkan hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat dan menyebabkan uminya marah.

Balai Raya Kampung Seri Purnama.
• See Hwa membawa Haiqal melihat koleksi arwah ayahnya, Abdullah Bin Kayan.

LATAR MASA

Pagi.
• Haiqal tiba di stesen Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Lantas, dia mencari surau untuk menunaikan solat subuh.

Petang.
• Pada petang hari minggu, Haiqal bersama-sama See Hwa dan Lazim memasuki Balai Raya Kampung Seri Purnama untuk melihat galeri pameran yang diusahakan oleh arwah ayahnya.

Malam.
• Ibu Haiqal, Rafiqah masuk ke bilik Haiqal untuk memberitahunya bahawa walid sebenarnya bukanlah ayah kandung Haiqal.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang meminati bidang sastera Melayu.
• Cikgu Abdullah Bin Kayan menghasilkan pelbagai karya seperti sajak, cerpen dan buku sastera serta pandai mendeklamasikan sajak.

Masyarakat yang bekerjasama melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.

Masyarakat yang hidup bersatu padu.
• Tauke Ong tidak kekok menyesuaikan diri dan bergaul dengan orang Melayu, malah sentiasa bekerjasama dalam apa-apa aktiviti di Kampung Seri Purnama.

TEMA DAN KEISTIMEWAAN WATAK KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

TEMA

• Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dihadapi oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya.

• Penceraian tersebut menyebabkan Haiqal hidup terpisah daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Bin Kayan. Haiqal dipelihara oleh uminya bersama-sama Walid. Haiqal tidak dapat bertemu atau mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Haiqal tetap pergi  ke Batu Pahat untuk lebih mengenali arwah ayahnya.

PERSOALAN

Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenar ayahnya.
• Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat menuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
• Haiqal sanggup pergi ke Kampung Seri Purnama walaupun ditentang oleh uminya kerana mahu mengenali arwah ayahnya.

Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
• Abdullah Bin Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk memartabatkan kesenian tarian zapin khususnya zapin jincat di kampung tersebut.
• Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama menghidupkan semula kumpulan zapin D'Purnama yang terkubur setelah ayahnya meninggal dunia.

Persoalan kerjasama untuk melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama menyediakan hidangan dan membersihkan balai raya untuk membuat persiapan menyambut Hari Memperingati Cikgu Abdullah Kayan.

PERWATAKAN/KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA
-HAIQAL

Haiqal seorang yang tegas pendirian.
• Berkeras untuk pergi ke Batu Pahat walaupun mendapat tentangan daripada uminya.

Haiqal seorang yang setiakawan.
• Mendengar luahan hati dan menasihati sahabatnya Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. 

Haiqal seorang yang gigih.
• Berusaha gigih menghidupkan kembali kumpulan zapin D'Purnama walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan dalam kesenian tersebut.

Haiqal seorang yang taat pada agama.
• Segera mencari surau untuk solat subuh setelah sampai di Batu Pahat.

KONFLIK WATAK UTAMA DAN CARA PENYELASAIAN
- KBAT

Keinginan untuk merungkaikan misteri manuskrip yang diterima daripada Ong See Hwa.
• Tekad membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor walaupun dimarahi dan ditentang oleh uminya, Rafiqah,

Tidak mengenali latar belakang arwah ayahnya.
• Berusaha mengenali arwah ayahnya dengan bertanya kepada tauke Ong See Hwa, pak cik Bakar dan orang kampung Seri Purnama tentang kehidupan arwah ayahnya itu.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN
-AMIRUL NIZAM/ABDULLAH BIN KAYAN

Abdullah Kayan seorang yang penyayang,
• Sering merindui anaknya Haiqal dan selalu menatap gambar Haiqal semasa kecil yang ada di dalam simpanannya.
• Menganggap anak tauke Ong, iaitu Ai Ling dan Ai Ching seperti anaknya sendiri.

 Abdullah Kayan seorang yang baik hati. 
• Suka membantu orang lain seperti selalu menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah.

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Dedicated to any student yang suka study last minit before examination just like me.
Email me untuk request any note at nathirah1999@gmail.com 🌸

PERMULAAN

Haiqal menerima sebuah manuskrip daripada seseorang yang bernama Ong See Hwa. Haiqal diterangkan oleh ibunya bahawa walid, Abdul Fatah sebenarnya merupakan ayah tirinya. Ayah kandungnya pula masih hidup, tetapi Haiqal diberitahu bahawa ayah kandungnya itu tinggal berjauhan daripada mereka.

PERKEMBANGAN

Haiqal memaklumkan kepada uminya tentang hasratnya untuk ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor dan hasratnya ini telah mendatangkan kemarahan ibunya. Haiqal selamat sampai di Kampug Seri Purnama dan dengan bantuan penduduk kampung dia diperkenalkan kepada Tauke Ong yang membawanya ke rumah arwah ayahnya.

Haiqal mendapat pelbagai maklumat tentang arwah ayahnya daripada penduduk kampung seperti Ong See Hwa, pak cik Bakar dan penduduk Kampung Seri Purnama. Haiqal mencadangkan agar aktiviti tarian zapin melalui kumpulan D'Purnama dihidupkan semula dan cadangannya diterima oleh ketua kampung.

PUNCAK/KLIMAKS

Kehadiran umi, walid, dan adiknya ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan persembahan tarian zapin yang turut disertai oleh Haiqal.

-BPK
Pertengkaran atau konflik yang berlaku antara Haiqal dengan umi kerana hasrat Haiqal yang ingin ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor.

PELERAIAN/PENGAKHIRAN

Haiqal menyambung pelajaran di sebuah universiti di Sarawak. Ratna, iaitu rakan baik kepada Haiqal telah bertunang dengan usahawan dan akan berkahwin pada penghujung tahun. Haiqal pula akan berusaha untuk mengenali See Hwa dengan lebih rapat.

CONTOH KARANGAN SPM USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Dalam meniti arus pemodenan, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering sahaja menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama pada dada-dada akhbar tempatan di Malaysia. Fenomena ini kian berada pada zon kritikal dan secara tidak langsung menggusarkan fikiran masyarakat. Senario yang menggemparkan ini tidak wajar dibiar secara berterusan. Justeru, sebelum nasi sudah menjadi bubur, usaha-usaha pragmatik perlu diimplimentasikan oleh masyarakat bagi mengatasi masalah ini daripada terus menular.

Usaha primer dalam mengurangkan angka kemalangan jalan raya ialah dengan memperbaiki disiplin pemandu itu sendiri. Peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap pemandu yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya. Sebagai contohnya, majoriti pemandu masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu di mana secara tidak langsung menjadi punca mereka kehilangan fokus dan berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan mengikuti peraturan jalan raya perlu hadir dalam diri setiap masyarakat kerana tanpa kesedaran dalam diri, peraturan yang digubal kerajaan bagai hujan jatuh ke pasir sahaja. Setiap masyarakat wajar mendisiplinkan diri ketika berada di atas jalan raya bagi menjamin keselamatan bersama dengan mengikuti undang-undang di jalan raya.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Anak-anak diumpamakan seperti kain putih, ibu bapa yang perlu mencorakkannya. Oleh itu, dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa sewajarnya mematuhi undang-undang ketika berada di atas jalan raya agar dapat dicontohi oleh anak-anak kelak mereka dewasa. Penerapan nilai-nilai murni serta kesedaran mengenai kepentingan mematuhi keselamatan jalan raya ini dapat disemai dalam jiwa anak-anak melalui pelbagai kaedah. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah sentiasa bertolak ansur ketika berada di jalan raya yang sesak. Sekiranya anak-anak melihat ibu bapa mereka memotong barisan kereta dengan menggunakan lorong kecemasan, secara tidak langsung persepsi mereka akan berubah kepada negatif. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan yanag sangat penting dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini. Pendedahan awal kepada anak-anak amat vital kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang sebenar. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Usaha seterusnya dalam menangani isu yang kian membarah ini sudah tentulah melalui penganjuran kempen-kempen kesedaran dalam hal yang berkaitan keselamatan jalan raya. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta menyuntik etika ketika berada di atas jalan raya dalam kalangan masyarakat. Prakarsa ini dapat dijalankan dalam semua peringkat meliputi sekolah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Kempen ini tidak tertumpu kepada badan kerajaan sahaja, masyarakat setempat atau pihak swasta turut boleh berganding bahu menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan kempen-kempen tersebut melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar mahupun medium internet. Kempen-kempen yang dijalankan ini perlulah dibuat secara berterusan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun melepaskan batuk di tangga. Secara tidak langsung, masyarakat akan menyedari bahawa pihak kerajaan mahupun penganjur kempen kesedaran ini bersungguh-sungguh dan bertegas dalam usaha mengurangkan isu kecelakaan jalan raya.

Usaha lain yang boleh diimplikasikan ialah masyarakat memainkan peranan melakukan aduan secara atas talian mahupun bertulis mengenai isu-isu keselamatan jalan raya kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Misalnya, mengenai  struktur jalan raya. Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan bahaya kepada para pemandu dan juga penunggang motosikal. Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang gelap tanpa sinaran cahaya lampu turut berisiko kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. Sebagai misalannya, kereta yang dipandu laju di lebuh raya akan serta merta mengelak jalan yang berlubang tanpa melihat cermin pandang sisi. Keadaan ini memungkinkan kemalangan berlaku sekiranya kenderaan di belakang mengikut terlalu dekat. Perkara sebeginilah yang perlu dielakkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya seperti peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Masyarakat sewajarnya memberi kerjasama dengan melaporkan setiap isu yang berisiko mengundang kemalangan jalan raya untuk menjamin keselamatan bersama.

Intihannya, masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya setiap usaha yang diambil mendatangkan kesan yang positif dan efektif secara majoriti kepada masyarakat. Sekiranya segala usaha telah diambil dan dijalankan dengan sewajarnya, tidak mustahil kita dapat melihat negara yang dicintai ini berkembang dengan pesat menuju ke arah status negara maju seperti peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini secara total. Ingatlah, “pandu cermat, jiwa selamat!

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

LATAR BELAKANG

F1 Pembangunan ekonomi di negara ini dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
F2 Rancangan tersebut dilaksanakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
F3 Kerajaan Parti Perikatan berperanan penting dalam pelaksanaan pembangunan negara.
F4 Pembangunan ekonomi negara dilaksanakan melalui beberapa dasar pembangunan dan penubuhan agensi-agensi kerajaan.
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) SPM ‘05
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

PERKEMBANGAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

TAHAP PERTAMA
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 – 1960)

F1 Dilaksanakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.
F2 Rancangan ini memberikan keutamaan kepada pembangunan penduduk luar bandar.
F3 Tujuannya:
(a) mengurangkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dan penduduk bandar
(b) mengurangkan kadar kemiskinan
(c) mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara
(d) mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah
F4 Rancangan ini merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang melibatkan sektor ekonomi, sosial dan awam.
F5 Pembangunan sektor ekonomi melibatkan:
(a) pembukaan kawasan tanah baru
(b) penanaman semula getah dan pembukaan ladang getah
(c) memperluas kawasan perlombongan bijih timah
F6 Pembangunan sektor sosial pula melibatkan usaha mempelbagaikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan telekomunikasi.
F7 Pembangunan sektor awam melibatkan pembinaan kemudahan awam seperti kem tentera, mahkamah, balai polis dan sebagainya.
F8 Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi untuk melaksanakan program pembangunan tersebut. Antaranya:
(a) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
(b) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
(c) Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
F9 Matlamat penubuhan RIDA:
(a) menawarkan pinjaman kepada pengusaha pertanian, membantu memasarkan hasil pertanian
(b) menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan
(c) memajukan penduduk luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan awam
F10 FELDA pula merupakan sebuah badan berkanun.
(a) meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
(b) meningkatkan hasil pertanian negara
F11 FELDA melaksanakan projek pembukaan tanah baru dan menumpukan usaha kepada penanaman getah dan kelapa sawit secara besaran.
F12 Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein (Timbalan Perdana Menteri) menerajui Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959.
F13 Kementerian tersebut berperanan menyelaras dan menjayakan program pembangunan membabitkan kawasan luar bandar.
F14 RIDA dan FELDA diletakkan di bawah bidang kuasa kementerian tersebut.
F15 Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang membanggakan kerana:
(a) ancaman komunis
(b) peruntukan negara digunakan untuk kegunaan Darurat
(c) kemerosotan harga komoditi getah dan bijih timah

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 – 1965)

F1 Meneruskan matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar.
F2 Tujuan Rancangan Malaya Kedua:
(a) mengurangkan jurang pendapatan antara kawasan
(b) mengurangkan kadar kemiskinan penduduk
(c) meningkatkan taraf hidup penduduk
(d) mempelbagaikan hasil pertanian
(e) mengurangkan pergantungan kepada tanaman getah
(f) mengurangkan import bahan makanan
F3 Pelaksanaan program pembangunan ini dipantau melalui:
• Penubuhan Bilik Gerakan Negara untuk menyelaras program pembangunan di pelbagai peringkat.
• Pengenalan Buku Merah untuk memudahkan pengesanan perkembangan program pembangunan.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966 – 1970)

F1 Dilaksanakan selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
F2 Berteraskan integrasi nasional ke arah pembangunan.
F3 Melibatkan pembangunan bersifat bersepadu dan melibatkan semua aspek ekonomi.
F4 Rancangan Malaysia pertama berusaha untuk mempelbagaikan kegiatan pertanian dan perindustrian.
F5 Projek pembangunan perindustrian ialah:
(a) Lembaga Kemajuan Prindustrian (MIDA)
(b) Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
(c) Lembaga Penasihat Tarif
(d) Akta Pelaburan
F7 Walau bagaimanapun, pencapaian ekonomi negara terjejas berikutan tragedi 13 Mei 1969.
F8 Sehubungan itu, strategi pembangunan seterusnya lebih berteraskan perpaduan dan mengurangkan jurang pendapatan antara kaum.
F9 Ekoran itu, DEB diperkenalkan sebagai strategi pembangunan jangka masa panjang.

PENGURUSAN KECEDERAAN SAINS SUKAN TINGKATAN 5

Pencegahan ialah langkah terbaik untuk mengelakkan kecederaan semasa beraksi dalam aktiviti sukan.

• Kecederaan dalam sukan boleh dirawat dan diuruskan dengan menggunakan beberapa protokol pengurusan kecederaan, iaitu;

• TOTAPS
• DRABC
• RICE

TOTAPS

• Proses menilai kecederaan yang boleh digunakan secara selamat.

• Prosedur ini tidak sesuai bagi kecederaan pada bahagian leher, tulang belakang atau tidak sedarkan diri.

T = Talk (Bercakap
Bertanya kesakitan dialami, tempat kecederaan dan cara kecederaan berlaku.

O = Observe (Pemerhatian)
Perhatikan keadaan mangsa spt anak mata, posisi badan, warna kulit.

T = Touch (Sentuh)
Sentuh dan rasa pada tempat cedera

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Lakukan ujian fungsional dengan mengarahkan mangsa menggerakkan anggota badan yang tercedera bagi menilai kemampuan mangsa bergerak.

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Gerakkan bahagian cedera melalui julat pergerakan normal dan perhatikan reaksi bagi memastikan kestabilan pergerakan.

S = Skill Test (Ujian Kemahiran)
Jika prosedur mendatangkan kesakitan, lakukan ujian kemahiran spesifik bagi memastikan atlet bersedia untuk kembali beraksi.

DRABC

• Salah satu cara pengurusan kecederaan yang mudah diingati.

• Khusus bagi membantu mangsa yang mengalami kemalangan serius, kejutan elektrik atau tidak sedarkan diri.

D = Danger (Bahaya)
Pastikan persekitaran selamat sebelum mulakan bantuan.

R = Response (Respons)
Sentuh dan rasa bahagian badan. Periksa mangsa, jika tidak memberikan respons, teruskan dengan langkah Airway. 

A = Airway (Pernafasan
Letakkan tapak tangan di dahi dan sokong dagu mangsa dengan tangan satu lagi. Dongakkan kepala mangsa ke belakang, tolak dagu perlahan dan buka sedikit mulut mangsa.

B = Breathing (Pernafasan)
Perhatikan dada mangsa turun naik dan cuba dengar bunyi mangsa bernafas. Sekiranya tiada, berikan bantu nafas. Berikan 5 pernafasan dalam masa 10 saat.

C = Circulation (Peredaran Darah
Periksa arteri karotid untuk nadi selama 5 saat, sekiranya nadi ada, beri pernafasan pada kadar 5 pernafasan 1 minit. Sekiranya tiada, mulakan CPR.

RICE

• Digunakan bagi bantu mula kecederaan sukan yang lazim spt terseliuh, kekejangan otot

• Pengurusan kecederaan awal dapat membantu mengurangkan kesan jangka masa panjang.

Mudah diaplikasi oleh individu tidak terlatih dan sesuai dilakukan sebaik berlaku kecederaan sebelum menerima rawatan lanjut.

R = Rest (Rehat)
Atlet perlu berehat untuk memulihkan kecederaan. Pergerakan bahagian cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat ke tempat yang cedera dan boleh menyebabkan bengkak.

I = Ice (Ais)
Demah dengan ais yang dibalut kain supaya suhu dapat diturunkan dan kesakitan/bengkak dapat dikurangkan.
* Jangan letakkan ais secara berterusan (melebihi 15-20 minit pada satu masa) kerana akan menyebabkan luka beku (cold burn) dan mematikan sel-sel di tempat cedera. 

C = Compression (Pemampatan)
Balut bahagian cedera untuk memampatkan tempat tercedera bagi mengurangkan bengkak. Balutan boleh dilakukan dengan pembalut elastik.

E = Elevation (Pengangkatan)
Angkat bahagian cedera ke aras tinggi melebihi jantung untuk mengurangkan pengaliran darah ke bahagian cedera dan mengurangkan bengkak.

KUPASAN ASPEK KOMSAS TINGKATAN 5 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

TEMA

Kegigihan mengekalkan warisan seni budaya dan sastera.

• Kehadiran Cikgu Nizam ke Kampung Seri Purnama telah berjaya menghidupkan kembali kumpulan zapin jincat D'Purnama.

• Cikgu Nizam berusaha gigih melatih Ai Ling bersajak sehingga memenangi pertandingan mendeklamasikan sajak murid-murid pada tahap 1.

• Abdullah Bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya dan kembali ke Kampung Seri Purnama kerana berkeinginan untuk menghidupkan semula tarian zapin dan mengembangkan sastera di kampungya.

• Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menganjurkan persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama dengan harapan dapat menghargai usaha arwah ayahnya; Abdullah Bin Kayan.

• Abdullah Bin Kayan telah menubuhkan Aksara (Akademi Sastera) di Kampung Seri Purnama. Setelah kematiannya, Aksara telah terkubur tetapi Haiqal telah berazam ingin menghidupkannya semula.

PERSOALAN

Persoalan kasih sayang anak terhadap bapanya.
• Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah Bin Kayan walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapapun di sana.

Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
• Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik mereka.

Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan.
• Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapapun tentang penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya.

Persoalan kegigihan memperjuangkan seni budaya.
• Haiqal dan penduduk kampung telah berusaha dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin. Walaupun Lazim ditimpa kemalangan, Haiqal berjaya menarikan zapin bersama Ong See Hwa.

Persoalan kasih sayang bapa terhadap anaknya.
• Cikgu Nizam sering menatap potret wajah anaknya, Aiman pada setiap malam kerana rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadangkala menangis akibat terlalu rindu akan anaknya itu.

Persoalan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung.
• Penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan persembahan zapin. Haji Jamil telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk kampung dan membahagi-bahagikan tugas seperti memasak dan persiapan pentas.

Persoalan minat golongan muda terhadap warisan seni budaya.
• Haiqal telah berkerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D'Purnama. Haiqal juga tidak mahu usaha ayahnya menjadi sia-sia. Haiqal juga berazam akan menghidupkan kembali Aksara. Haiqal juga belajar menari zapin dan mengadakan persembahan zapin bersama See Hwa.

WATAK DAN PERWATAKAN WATAK UTAMA
-HAIQAL

Seorang anak yang menyayangi ayahnya.
• Haiqal sanggup pulang ke Johor untuk menjejaki warisan peninggalan arwah ayahnya.

Seorang yang tabah menghadapi cabaran.
• Haiqal tetap pergi ke Johor walaupun dia tidak mendapat restu daripada uminya.

Seorang yang mempunyai semangat setia kawan.
• Haiqal sering mendorong Ratna untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Seorang yang berbudi bahasa.
• Haiqal memita maaf daripada walid kerana tidak mendengar nasihat walid.

Seorang yang gigih menghidupkan warisan seni budaya.
• Haiqal telah berkerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D'Purnama. Haiqal berazam untuk menghidupkan Aksara.

Seorang yang meminati bidang kesusasteraan Melayu.
• Haiqal sering memenangi pertandingan menulis dan mendeklamasikan sajak.

CONTOH SOALAN NOVEL

• Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

      Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizam Parman.

      Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang. Haiqal seorang anak yang sangat menyayangi ayahnya. Haiqal sanggup pulang ke Johor untuk menjejaki warisan peninggalan arwah ayahnya.

      Selain itu, nilai setia kawan. Haiqal seorang yang menyayangi semangat setia kawan. Sebagai contohnya, Haiqal sering mendorong Ratna untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

      Nilai seterusnya ialah nilai ketabahan. Haiqal seorang yang tabah menghadapi cabaran. Haiqal tetap pergi ke Johor walaupun dia tidak mendapat restu daripada uminya.

 Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan perwatakan watak utama dalam setiap novel tersebut.
  
      Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizam Parman dan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

      Watak utama dalam novel Silir Daksina ialah Haiqal. Perwatakan watak utama dalam novel ini ialah Haiqal seorang yang gigih menghidupkan warisan seni budaya. Contohnya, Haiqal telah berkerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D'Purnama. Haiqal berazam untuk menghidupkan Aksara.

      Selain itu, Haiqal juga seorang yang mempunyai semangat setia kawan.Sebagai contohnya, Haiqal sering mendorong Ratna untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

      Seterusnya, watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha. Perwatakan watak utama dalam novel ini ialah Farisha seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya, Farisha diminta oleh Dr Maxi untuk menggodam sistem Dinara yang dicipta oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya yang telah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu.

       Tambahan lagi, Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai contohnya, pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna.

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 1: IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

MAKSUD IMPERIALISME
*Nasionalisma berlaku kerana imperialisme Barat.

F1 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

KUASA IMPERIALIS DAN NEGARA YANG DIJAJAHNYA

F1 Belanda - Indonesia.  
F2 Britain - Tanah Malayu dan Burma.
F3 Perancis - IndoChina. 
F4 Sepanyol - Filipina.

FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

F1 Revolusi perindustrian.
Memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.
- Memerlukan kawasan pasaran baru.
F2 Kekayaan bahan mentah.
- Kedudukan yang strategik.
- Menjamin pasaran yang luas.
F3 Sistem pengangkutan dan perhubungan.
- Kapal berkuasa wap yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepat perjalanan.
- Pembukaan terusan suez yang memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur.
- Perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos.
- Penciptaan telegraf membolehkan kuasa imperialis memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
F4 Persaingan antara kuasa Barat.
- Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat.
- Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat.
F5 Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun.
- Mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
- Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan mentamadunkan orang Timur.