LATAR KOMSAS TINGKATAN 5 NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

p/s Hi semua! Fyi i have future my study to college so i can't really help untuk isu isu baru relate to spm, but for sure i am the first batch dalam pembaharuan pendidikan negara kita. Follow my ig to get to know me better; nnurathirah. Terima kasih semua! 

LATAR TEMPAT

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
• Haiqal menikmati minum petang di gerai ibu Ratna dan mereka berbual-bual tentang rancangan Haiqal sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM.

Banglo ibu Haiqal di Kuala Terengganu.
• Haiqal memaklumkan hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat dan menyebabkan uminya marah.

Balai Raya Kampung Seri Purnama.
• See Hwa membawa Haiqal melihat koleksi arwah ayahnya, Abdullah Bin Kayan.

LATAR MASA

Pagi.
• Haiqal tiba di stesen Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Lantas, dia mencari surau untuk menunaikan solat subuh.

Petang.
• Pada petang hari minggu, Haiqal bersama-sama See Hwa dan Lazim memasuki Balai Raya Kampung Seri Purnama untuk melihat galeri pameran yang diusahakan oleh arwah ayahnya.

Malam.
• Ibu Haiqal, Rafiqah masuk ke bilik Haiqal untuk memberitahunya bahawa walid sebenarnya bukanlah ayah kandung Haiqal.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang meminati bidang sastera Melayu.
• Cikgu Abdullah Bin Kayan menghasilkan pelbagai karya seperti sajak, cerpen dan buku sastera serta pandai mendeklamasikan sajak.

Masyarakat yang bekerjasama melakukan sesuatu.
• Penduduk kampung bekerjasama membuat persiapan seperti menyediakan jamuan, membersihkan balai raya dan membuat latihan tarian zapin untuk majlis memperingati cikgu Abdullah Bin Kayan.

Masyarakat yang hidup bersatu padu.
• Tauke Ong tidak kekok menyesuaikan diri dan bergaul dengan orang Melayu, malah sentiasa bekerjasama dalam apa-apa aktiviti di Kampung Seri Purnama.